Friday, September 5, 2014

Wanita dan Kolagen

Bismillah..Assalamualaikum,
Salam sayang semua pelayar blog..lama tak menulis dan update blog, 2 bln agaknya, terlalu sibuk..
Hari ini teruja nak cerita pasal kolagen. Bulan ni Shaklee offer beli 6 percuma 1 Collagen Powder..
Fuhh bestnya..boleh buat stok dan share ramai beli.
Apa itu kolagen??
Jika dulu ramai tidak tahu kepentingan kolagen, tetapi kini rata-rata wanita memilih makanan kesihatan berasaskan kolagen kerana dikatakan bahan ini mampu melambatkan proses penuaan selain menjadikan kulit lebih anjal dan cantik.
Nak kelihatan muda??

Di pasaran terdapat pelbagai produk minuman berasaskan vitamin C dan kolagen yang dikatakan berkesan mengembalikan keserian wajah. Bagi mereka yang malas mengambil minuman, boleh melakukan rawatan di pusat kecantikan yang menyediakan rawatan wajah berasaskan vitamin C dan kolagen.

Namun, harus diingat tidak semua rawatan di pusat kecantikan memenuhi piawaian Kementerian Kesihatan Malaysia terutama daripada segi peralatan serta cara menggunakannya. Kemungkinan pelanggan akan menghadapi masalah sampingan lain sekiranya dilakukan mereka yang tidak mempunyai kepakaran dalam bidang perubatan estetik. 
Menurut Pegawai Perubatan Estetik Pusat Kecergasan Wanita Az-Zahrah (PKW), Bandar Baru Bangi, Dr Siti Hawa Abd Karim, kolagen adalah sejenis protein yang penting untuk memelihara keremajaan dan keanjalan kulit. Kira-kira 25 hingga 35 peratus daripada jumlah keseluruhan protein di dalam badan terdiri daripada kolagen dan 80 peratus struktur kulit terbentuk darinya. 

“Bahan ini berfungsi untuk mempertingkatkan penghasilan sel baru, membantu memelihara keremajaan kulit, melembutkan dan membuat kulit lebih bercahaya serta efektif menghilangkan kedutan dan mencegah proses penuaan,” katanya. 

Namun, apabila usia semakin meningkat, bermula seawal 25 tahun proses 
pengurangan kolagen oleh sel fibroblast akan berlaku seterusnya menyebabkan kulit menampakkan garis penuaan, berjeragat, kusam dan kurang bermaya. 

“Ini ditambah faktor alam sekitar seperti debu dan kotoran, terdedah terlalu lama kepada sinaran matahari, penggunaan bahan kosmetik yang tinggi kandungan kimia, tekanan di tempat kerja serta wanita yang sering melahirkan anak, menyebabkan pengurangan penghasilan kolagen dalam, sekali gus menyumbang kepada kelesuan kulit,” katanya. 

(Petikan daripada myMetro)

MANFAAT COLLAGEN POWDER
  • Mengurangkan kedutan dan garis halus
  • melembapkan kulit bagi mengurangi rasa kering
  • membantu kulit lebih anjal dan bermaya
  • membantu memutihkan kulit
  • menjadikan rambut dan kuku lebih sihat
  • membantu menganjalkan payudara
  • memperbaiki kesihatan sendi dan otot
  • penglihatan yang lebih baik

MUDAH LARUT, BILA-BILA MASA DAN DI MANA-MANA SAJA
Shaklee Collagen Powder mudah larut dengan minuman dan makanan kegemaran anda. Setiap hidangan dipek di dalam satu uncang untuk memudahkan anda menggunakannya secara segera pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

Untuk maklumat lanjut just call/sms/whatsapp

No comments:

Post a Comment