Thursday, November 20, 2014

OMEGA GUARD

Assalamualaikum w.b.t dan salam sayang semua..
Salam Shaklee..
Bismillah..

Alhamdulillah..sekarang dah agak free, hampir hari-hari boleh update blog kesayangan ni.
Seperti yang dah tersebar luas dalam kalangan ahli dan customer Shaklee, promosi bulan ini ialah produk Omega Guard iaitu beli 6 percuma satu atau beli 2 dapat 5% diskaun. Best kan. Ini lah masanya untuk borong. Cepat-cepat grab sementara harga murah!!
Boleh buat stok atau kongsi beli dengan kawan-kawan.




OMEGA GUARD


Kandungan : Satu kapsul Omega Guard membekalkan 905mg asid lemak Omega 3 EPA dan DHA. Banyak tuu..







Apa itu Omega 3?
Omega 3 tergolong dalam kumpulan asid lemak tak tepu yang penting (essential unsaturated fatty acids) yang mempunyai ikatan karbon-karbon berkembar pada kedudukan n-3 iaitu pada hujung methyl dalam molekulnya. Oleh kerana itu ia digelar Omega 3.


Omega 3 terdiri daripada tiga jenis asid lemak utama iaitu:

1. Eicosa Pentanoic Acid (EPA)

2. Docosa Hexanoic Acid (DHA)

3. Alpha Linolenic Acid (ALA)

Tentu anda selalu melihat singkatan EPA dan DHA pada label tin-tin susu yang anda beli di pasaran. Kini terjawablah sudah persoalan anda itu bahawa susu itu mengandungi tambahan Omega 3. 

Anda tidak perlu mengingati semua nama yang disebutkan. Yang penting sekali, anda tahu ianya adalah Omega 3 dan khasiatnya untuk kesihatan anda. Supplement Omega 3 sudah mengandungi semua jenis khasiat yang dinyatakan, jadi apa yang penting ialah anda perlu memakannya setiap hari.   Omega 3 amat penting untuk kesihatan. Terlalu banyak kajian saintifik telah membuktikan kaitan yang amat kuat di antara Omega 3 dengan kesihatan yang baik. 


Apa hebatnya Omega 3 yang terdapat dalam OMEGA GUARD??
Pada 8 September 2004, USFDA iaitu badan yang bertanggungjawab menjaga hal-ehwal perubatan di Amerika Syarikat telah mengeluarkan kenyataan yang menyokong Omega 3 (EPA & DHA) sebagai satu supplement yang boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari.

Di antara kebaikan Omega 3 untuk kesihatan adalah:  

  1. Mengurangkan risiko insiden serangan jantung
  2. Mengurangkan risiko kematian akibat serangan jantung
  3. Mengurangkan risiko mendapat denyutan jantung tak menentu (arrythmia)
  4. Mengurangkan sakit dada Angina pada pesakit yang mempunyai masalah saluran jantung tersumbat (Ischaemic heart disease)
  5. Mengurangkan risiko serangan jantung kali kedua bagi pesakit yang pernah mendapat serangan jantung sebelum ini.
  6. Mengurangkan risiko darah beku
  7. Mengurangkan risiko pembentukan plak aerosklerosis pada dinding saluran darah yang menyebabkan pengerasan
  8. Mengurangkan risiko darah beku di kalangan pesakit yang mengalami masalah saluran darah bengkak di kaki (varicose veins).
  9. Mengurangkan KOLESTEROL Triglycerides & LDL  dalam darah & menaikkan paras KOLESTEROL BAIK (HDL) 
  10. Mengurangkan risiko darah beku yang menyebabkan penyakit strok dan serangan jantung (heart attack).
  11. Mengurangkan risiko mendapat STROKE (ANGIN AHMAR) sama ada jenis ischemia atau haemorrhagic.
  12. Mengurangkan risiko mendapat penyakit darah tinggi (hypertension) dengan mengurangkan masalah pengerasan saluran darah
  13. Mengurangkan kadar tekanan darah tinggi bagi pesakit yang pernah mengalami masalah darah tinggi.
  14. Mengurangkan radang sendi dalam penyakit sendi Rheumatoids
  15. Mengurangkan radang usus dalam penyakit Crohn’s
  16. Mengurangkan masalah radang usus dalam penyakit Ulcerative Colitis
  17. Memberi kesan positif dalam penyakit SLE (Systemic Lupus Erymatosis)
  18. Memberi kesan positif dalam penyakit Asma
  19. Memberi kesan positif dalam masalah kulit Eczema dan Atopic dermatitis
  20. Membantu pesakit yang menjalani pemindahan organ (implant).
  21. Membantu dalam perkembangan otak bayi dan kanak-kanak. Susu ibu amat kaya dengan DHA (Omega 3). Oleh itu, banyak syarikat pengeluar susu yang menambahkan DHA dalam keluaran susu merekA.
  22. Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang mendapat tambahan DHA dalam minuman susu mereka akan mengalami masalah hiperaktif (ADHD) yang kurang
  23. Kanak-kanak yang kekurangan Omega 3 dalam pemakanan mereka mempunyai masalah tumbesaran otak.
SUMBER :
Dr Norman Mohd Norawi
MBBS


Fuhhh...banyaknya faedah kesihatan Omega 3.
Oleh kerana itu...ambillah Omega 3 setiap hari & makanlah IKAN !!! setiap hari

Persoalannya adakah anda makan ikan setiap hari untuk dapatkan Omega 3?

Supplemen adalah cara terbaik. Pilihlah supplemen semula jadi OMEGA GUARD SHAKLEE untuk manfaat seisi keluarga. Saya cuma ingin membantu ibu-ibu semua untuk mendapatkan supplemen terbaik. Semoga lebih ramai yang sedar betapa pentingnya makan supplemen.

Jika berminat sila hubungi saya bila-bila masa;


0126743859 MARIAM JAMILAH

Wallahualam





No comments:

Post a Comment